Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, July 8, 2010

Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau



Assalamualaikum. Lebihan Mas buat Kuih Lapis Kacang Hijau hari tu, Mas buat pulak Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau ni. Hmm....memang sedapp...klu ada lebihan kuih kasturi ni, boleh simpan dalan freeze, nak makan , baru celup dengan tepung dan goreng...

Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 cawan kacang hijau 
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • sedikit garam
  • gula ikut manis 
Cara membuatnya : 
Rebus kacang hijau hingga empuk dan ada sedikit air, masukkan sedikit garam dan gula ikut manis,kemudian masukkan kelapa parut, kacau rata hingga kering,sejukkan dan buat bulat2 dan leperkan sedikit. Celup kedalam tepung dan goreng hingga garing.

Adunan tepung :
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan beras
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit air untuk bancuh
Satukan semua bahan diatas dan kacau hingga sebati.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...