Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, July 26, 2010

Keli Masak Tempoyak




Assalamualaikum.
Untuk lunch petang nanti, sajerk masak awal2, senang...sedap tau keli masak tempoyak ni, Mas masak sekor jer..faham2 je la, Mas sorang yang makan keli masak tempoyak ni...untuk Ain ngan Daniel  Mas masak kari ayam, senang ..... petang nanti boleh buat roti puri untuk cicah ngan kari ayam tu...


Keli Masak Tempoyak
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ikan keli - cuci bersih dengan air limau nipis @ air asam jawa
2 sudu besar tempoyak
1 biji bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
sedikit kunyit hidup - dikisar
1 batang serai - dititik
daun kesum
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
Satukan ikan keli, bahan2 kisar, tempoyak, serai, daun kesom, gula dan garam secukup rasa dalam periuk, gaul rata dan tambah sedikit air. 
Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali, apabila kuah pekat dan ikan keli masak tutup api dan boleh dihidangkan.


2 comments:

  1. mas..sedap bangat tu mas,bila la lagi bole makan tempoyak ni..kena tunggu balik m'sia dulu la agaknya.

    ReplyDelete
  2. ye la kak, mana nak cari tempoyak kan..cepat2 la balik msia kak, boleh makan tempoyak puas2...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...