Search This Blog

Monday, July 5, 2010

KEK CHIFFON PANDAN



Ni Kek Chiffon Pandan yang Mas buat ari Sabtu lepas, masa mertua datang ,he..he..nampak macam garing sikit, lain kali kena bakar 40 minit je kot, apa pun tetap sedap.....resepi Mas copy dari Kak Hana, tima kasih ye kak...memang sedap Kek Chiffon Pandan ni, lembut, lembab dan gebu...


KEK CHIFFON PANDAN
Copy : Kak Hana

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
  • 150gm tepung kek
  • 1 camca teh baking powder
Bahan B 
  • 4 biji kuning telur saiz A
  • 70gm gula castor
  • 1/4 camca teh garam halus
Bahan C 
  • 85ml corn oil, Rinn guna canola oil - Mas guna minyak masak biasa je..
  • 115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air- hana cume air+pandan paste je dan tmbh santan sket - mas ikut macam kak Rinn
Bahan D 
  • 4 biji putih telur saiz A
  • 70gm gula castor
  • 1/2 camca teh cream of tartar
Cara-cara


  • Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
  • Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
  • Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
  • Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
  • Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
  • Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
  • Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
  • Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
  • Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.

5 comments:

  1. Salam mas...
    Garing pun sodap! E-na dah lama benor tak buat kek cipon...masa sekolah2 dulu rajin buat sbb arwah ayah suka makan kek...

    ReplyDelete
  2. maaass...yuuhuuu..wah banyak ketinggalan menu menu hebat nih..sagu tu nampak best aa..oo masak ijau kat ayam pun sedap ye..boleh try tuh...nk ayam merah tu!!hehe..last skali cuci mulut ngan cipon pandan..psss...cipon pandan tu hitam menawan kt luar..tapi suci di dlm hahaha..ala, hitam pun tetap lemah lembut kaaaannn..biase a tuu

    ReplyDelete
  3. suka sangat kek pandan. wane ijau nye menarik :)

    ReplyDelete
  4. e-na
    tu la, nasib baik kat garing tu rasa sedap,adik ipar mas gemar sangat kek chiffon, siap tapau lagi,he..he..

    izah
    dah sampai rumah ye.. rindu kat izah,mesti letih kan baru balik dari kampung,he..he..mas baru beli bekas kek chiffon, kira rasmi la tu buat chiffon pandan, terlebih garing pulak, tak puas hati ni, nanti nak buat lagi...

    nisya
    peberet nisya ye...warna tu anak kak mas yang tuang, nasib baik tak terlebih hijau...he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.