Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, July 7, 2010

Kari Daging Tumis Darat



Kari Daging ni untuk Mas masak ari Sabtu lepas,masa Mas masak Nasi Tomato, tertinggal plak menu ni, he..he..baru perasan semalam, tu la kalau banyak sangat gambar...

Kari Daging Tumis Darat
Bahan :
  • 1 kilo daging 
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 biji kentang - dibelah 4
  • gula, garam dan serbuk perasa
Bahan kisar:
  • 6 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Bahan tumis :
  • 3 biji bawang merah - dihiris2
  • 1/2 inci halia - dihiris2
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit bahan penumis ( bunga lawang, kayu manis.,lain2....)

Cara memasak :
  1. Rebus daging hingga empuk kemudian potong daging tu, satukan kembali. Ketepikan.
  2. Tumis bahan 2 tumis hingga wangi ,kemudian masukkan bahan2 kisar, kacau hingga naik bau dan agak garing.
  3. Masukkan kedalam periuk  daging yang direbus tadi ( pastikan air rebusan tinggal suku je ),kacau rata, masukkan santan dan kentang, biar mendidih, masukkan pula garam ,gula, serbuk perasa secukup rasa, masak hingga kentang empuk dengan api perlahan.

2 comments:

  1. waahh...kari..sedap ni cicah roti jala..darat tu dtg dari mana?

    ReplyDelete
  2. betul tu sedap, darat tu sebab tumis dulu baru tuang kedalam periuk ,kalau biasa kan tumis dulu baru step seterusnya, rasanya orang kedah masak gulai pisang muda macam tu, jadi mas masak kari macam tu sebab rebus daging bagi empuk dulu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...