Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, July 8, 2010

Cencaru Bakar



Kali ni nak bakar pulak ikan cencaru, jemu pulak asyik goreng ...Mas bakar dalam oven je...he..he.2 ekor ikan tu Mas sorang je makan, untuk Daniel Mas goreng ayam sikit, Ain pulak Mas goreng ikan kembung, macam ni la kalau selera tak sama, kena la masak sikit2 ... layan je la..

Cencaru Bakar
Bahan :
  • 2 ekor ikan cencaru - bersihkan, lumurkan dengan garam dan air limau kasturi
  • 1 biji bawang putih - tumbuk
  • 2 biji bawamng merah - tumbuk
  • 3 biji cili padi dan sedikit garam kasar - tumbuk
  • 2 sudu sambal kosong - resepi kat sambal patin goreng
  • aluminium foil untuk lapik ikan
Cara membuatnya :
 - Lumurkan ikan cencaru dengan bahan2 tumbuk dan sambal kosong ( dalam perut cencaru sekali ), letakkan atas dulang bakar yang telah dilapik dengan aluminium foil, bakar selama 20 minit atau cencaru nampak masak dan garing dengan suhu 250c dengan api atas bawah.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...