Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, July 5, 2010

Bubur Durian



Assalamualaikum. Meh layan Bubur Durian yang Mas buat petang semalam, durian dari kampung tau, mertua bawa ari tu, family Mas suka buat Bubur Durian ,sedap dicicah dengan roti, Mas buat 1 1/2 biji dapat satu periuk, sekali makan je dah abis...dapat la 3 mangkuk, Ain tak suka durian, tu yang makan 3 orang je...

Bubur Durian
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 biji durian
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan air 
  •  gula pasir - ikut manis
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • Secubit garam
  • Gula 

Cara memasak :
  • Dalam periuk, satukan durian, daun pandan, santan kotak dan air dan masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak dan gula pasir ikut manis. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Masak hingga kuah pekat, kepekatan kuah ikut citarasa masing2 dan boleh tutup api. Sedap dimakan panas2 atau sejuk dan sedapp dicicah dengan roti.




2 comments:

  1. suka kuah durian dan lebih suka orang buatkan :D..

    selalu suami rajin buatkan kalau dia dapat durian free..

    ngandung kali ni teringin durian isi kucing tidur tu.. alhamdulillah.. dah masuk perut dah.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdudillah...dapat juga makan,rasanya semua yang cikgu mengidam dapat kan, mas pun macam tu masa mengandung dulu...bubur durian ni sedap cicah dengan roti..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...