Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, July 23, 2010

Bakso Kuah Daging Sapi



Pepagi ni jom jamu mata dengan Bakso Kuah Daging Sapi, Mas copy resepi dari Kak Hana yang dok kat Jepun tu, memang sedap Bakso ni, rasanya sama macam Bakso kat tempat yang Mas selalu makan, sedap bangat...tima kasih Kak Hana sudi kongsi resepi, tima kasih juga untuk Deetha tuan asal resepi ni....

Bakso Kuah Daging Sapi
Copy : Kak Hana 

Bahan-bahan :
  • 60g sawi - celur dan dipotong - mas tak letak
  • 60g bihun - celur dan toskan
  • 60g mee kuning - celur dan toskan
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan daun sup - cincang
Untuk Kuah@Sup :

  • 1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan btg saderi - cincang
  • 1 sudu makan minyak - utk menumis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia - ketuk (nih hana tambah) - mas pun letak
Utk Bebola Sapi@Bakso :

  • 400g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh garam
Bahan sampingan :

  • Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
  • sos tomato - tk ltk
  • kicap manis ABC
Cara-cara

  1. Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)
  2. Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
  3. Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.
Tips: Rebus bebola @ bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso @ bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...