Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, July 4, 2010

AYAM MASAK MERAH









Ayam Masak Merah ni Mas masak semalam  untuk makan dengan Nasi Tomato, Mas masak ikut cara Mas, hentam je la, janji rasanya Ayam Masak Merah....

Bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong2, dibersihkan 
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 5 biji cili merah yang dikisar
  • 1/2 cawan bawang merah yang dikisar
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1/2 inci halia - tumbuk halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa
  • 2 biji bawang besar - potong bulat2
  • 1 pokok daun sup - dipotong2 kasar
Cara memasak :
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng hingga sedikit garing. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan2 yang dikisar dan yang ditumbuk halus hingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan bawang yang dipotong bulat, kacau ,kemudian masukkan sos tiram, kacau rata.
  4. Masukkan tomato puri dan susu cair, kacau,masukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa, kacau rata.
  5. Masukkan ayam, kacau lagi, jika terlalu pekat, masukkan sedikit air dan biarkan mendidih, kemudian masukkan daun sup, kacau rata.
  6. Tutup api dan boleh dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...