Search This Blog

Friday, July 2, 2010

Asam Pedas Mayong



Assalamualaikum, moga semuanya ceria dihari Jumaat yang mulia ni. Asam Pedas Mayong ni Mas masak hari Sabtu lepas, sebenarnya dalam beberapa hari ni Anak Mas, Ain tak sihat, kena demam denggi, jadi kena masuk wad hari Ahad lepas, semalam baru boleh balik rumah, Alhamdudillah, sekarang dah beransur sihat, lega  rasanya tengok Ain dah makin sihat dan ceria, makan pun makin berselera...

Asam Pedas Mayong
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 2 ketul ikan mayong -dicuci bersih
  • 3  pokok daun kesum
  •  1 batang serai - dititik
  • 6 biji kacang bendi
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • cili kering - dipotong dan direbus sebentar
  • sedikit belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit halia dan  kunyit hidup 
Cara memasak :
  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau rata.
  2. Masukkan ikan mayong dan daun kesum, kacau sebentar, masukkan air ( ikut nak kuah banyak atau sikit ), biarkan mendidih.
  3. Masukkan garam ,gula secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan bendi, masak sebentar hingga bendi agak masak.Tutup api. Sedia dihidangkan.

3 comments:

  1. Salam Mas,
    Alhamdulillah anak Mas dah pulih seperti biasa....padanlah sunyi sejak beberapa hari ni...rindu di buatnya walau kita kenal hanya di alam cyber.
    Ikan mayong asam pedas tu memang sedap....lama tak mkn ikan tu...kecur betullah...

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    Oh.. demam denggi? Ya Allah, berdebar hati saya. Moga segalanya makin pulih dan Ain makin sihat, ya kak.
    Asam pedas tu nak bw balik... buat lunch :)

    ReplyDelete
  3. kak yatie
    tu la kak, mas pun tak sangka demam denggi, ingat demam biasa je,Alhamdudillah Ain pun makin sihat,mas pun rindu kat kekawan semua,he..he..ikan tu peberet mas tau..

    indah
    sekarang ni kalau demam je memang risau kan ,kak mas pun masa doktor cakap Ain kena denggi,hanya Allah je yang tahu perasaan kak mas masa tu,Alhamdudillah Ain dah makin pulih,
    asam pedas tu dah abis la ...nanti kak buat lain ye untuk indah...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.