Search This Blog

Tuesday, June 8, 2010

Roti Burger



Kita meroti lagi hari ni, kali mas buat roti burger, wah..rasa macam roti burger yang dibeli, sedap....Mas nak buat prosperity burger, jadi kena ada roti burger....he..he..resepi Mas dapat dari rumah Kak Hana yang dok kat jepun tu...tapi Mas tak letak bijan sebab tak de bijan , malas plak nak gi kedai...kalau tak sabar - sabar nak makan macam tu la.....masa Mas buat roti tu Mas letak water roux jadi Mas kurangkan sedikit air...roti kalau letak wateroux lebih lembut tau..

Roti Burger
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung high protein / tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sedikit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu ( kilat nanti roti tu)


Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- Tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

  

4 comments:

  1. nak double cheese burger boleh?hehe...

    ReplyDelete
  2. boleh..tapi mas buat prosperity burger, sedap tau...

    ReplyDelete
  3. salam kak mas,
    Huwa....gemuksnya roti beger... suka3x... dah sebijik macam yg saya beli kat giant. comel... :)
    mintak satu, ada daging beger lagi ni..hikhik

    ReplyDelete
  4. kalau cam tu try buat prosperity burger, sedap tau...roti dah habis la, buat 1/2 adunan je, dapat la 3 biji...he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.