Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, June 8, 2010

Prosperity Burger




Assalamualaikum.
Inilah rupa Prosperity Burger yang Mas cakapkan tu. Memang sedap...cayala Kak Hana, rasanya sama macam kat MD, he..he..lepas ni boleh buat selalu. Anak - anak Mas pun suka, tima kasih ye kak atas resepi yang sedap ni

Prosperity Burger

Bahan utama :
Roti burger
Burger daging
Bawang holland - dihiris memanjang 
nak goreng boleh @ nak mentah pon boleh
Kobis bulat - potong halus2 - Mas tambah 
Cheese -  Mas tambah 

Bahan sos lada hitam :
2 cawan stok ayam - guna stok ayam -  air + kiub ayam 
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar..agak2 lah kalau nak pedas tambahlah lebih
1/2 biji bawang besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega @ marjerin
2 sudu tepung jagung - dibancuh dengan air
garam dan gula jika perlu




Cara :
Tumiskan bawang besar hingga naik bau. 
Masukkan stok ayam dan susu. Didihkan.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega @ marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang di kehendaki.
Goreng daging ( tak yah letak minyak ) dan lepas tu celupkan kedalam sos lada hitam.
Belah2  roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
Lekatkan daging yang telah dicelup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang dihiris. Mas letak juga kobis bulat yang dipotong halus dan cheese. 
Sedia untuk dimakan...yummy...

Nota :
Untuk buat stok sos prosperity ni, masa sos dah masak, sebelum masukkan bancuhan tepung jagung, tuang sos kedalam bekas bertutup dan tinggal kan baki yang nak guna saja, biarkan sos tadi sejuk baru ditutup rapat2 dan disimpan dalam peti ais, lebihan sos tadi baru dimasukkan bancuhan tepung jagung, sos boleh disimpan selama 3 hari, bila nak guna panaskan sos dan tuang bancuhan tepung jagung.


7 comments:

  1. salam kak mas,
    Order prosperity beger satu... ;)

    ReplyDelete
  2. boleh..boleh..nak set besar ke kecik..he..he..

    ReplyDelete
  3. salam..mas..ermmm lamanyer tak singgah blog kekawan..sibukk..alhamdulillah sekarng tak sibuk dah..bestnyer......resepi ni...terima kasih kongsi ya..umi nak try lah buat

    ReplyDelete
  4. Perrghhh...! Ni tak payah tunggu raya cina nak baru leh makan Properity Burger nih..! Caya laaa

    ReplyDelete
  5. hmmm menyelerakan....nak try gak la..

    oopp..salam ziarah

    ReplyDelete
  6. tekak sya tak leh tahan lada itam heheee

    ReplyDelete
  7. ummi
    try buat ummi,boleh makan puas2...

    izan
    betul tu, bila2 masa je rasa nak makan boleh buat..

    qaseh
    thanks qaseh, memang sedap...he..he..try la buat,

    hanie
    manjenya adik nisya ni, anak bujang k.mas suka tau...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...