Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, June 3, 2010

Potato Wedges




Assalamualaikum.
Pagi ni sarapan ala barat sikit, Mas buat potato wedges, coslow, telur goreng dan 2 keping burger + cheese. Kalau makan kat MD mahal tau set ni, he..he...buat je kat rumah, save bajet....boleh juga tengok resepi wedges ni kat dapur Kak Hana...


Potato Wedges
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
2 biji kentang
1 sudu teh serbuk lada hitam @ putih AJISHIO
1 biji putih telur 
sedikit garam
1 sudu besar tepung kastad  
1 sudu besar tepung jagung
 ( sebatikan )




Cara :
Cuci bersih kentang dengan air suam,tak payah buang kulit, kemudian rebus hingga kentang empuk ( kentang nampak macam merekah ).
Angkat kentang dan toskan, biar sejuk @ suam2 sikit, potong kentang berbaji dan taburkan rata serbuk lada hitam @  putih AJISHIO dan sedikit garam diatas kentang. Gaul sebati.
Celupkan kedalam putih telur yang dipukul sedikit dan salutkan dengan tepung yang telah disebatikan dan goreng hingga garing.
Sedia dinikmati......


2 comments:

  1. waaah..western hari ni bf ye..sedap tu..nak jugak wedges mas!!

    ReplyDelete
  2. he..he..tukar angin sikit,dah habis izah, sekali hadap je...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...