Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, June 19, 2010

NASI KUNING



Nasi Kuning ni Mas dapat resepi dari rumah Kak Yatie yang rajin memasak tu, jauh tau datang , dari US, kena naik kapal terbang baru sampai kat Subang ni, he..he..tima kasih kak. memang sedap nasik ni, rasanya ala2 nasi lemak, anak - anak Mas memang suka...

Bahan :
  • 3 cawan beras basmathi - mas guna beras biasa + beras wangi
  • 3 1/2 cawan santan
  • 3 sudu besar minyak sapi 
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - kisar ( mas pun hiris je )
  • 2cm halia - kisar ( mas pun hiris je )
  • 3 helai daun pandan
  • garam
Cara memasak :

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan santan, garam dan daun pandan kedalam rice cooker.
  3. Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bahan2 kisar  dan serai hingga naik bau. Bila nasi mendidih, masukkan bahan2 tumis, kacau rata.
  4. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila nasi dah masak, bolehlah digembur dan boleh dihidangkan.

2 comments:

  1. Salam Mas,
    Mmng sedapkan nasi kuning ni...sesuai di mkn dngn apa2 jenis lauk...menawan kuningnya tu....

    ReplyDelete
  2. betul tu kak, mas makan ngan ayam masak kasturi, sedap betul la...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...