Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, June 18, 2010

Mini Bun Cheese



Assalamualaikum , rindu betul Mas kat semua...line kat kampung teruk la...frust juga tak boleh bukak blog, sabar je tunggu balik ke Subang balik, Mas sampai malam tadi, alhamdudillah semuanya selamat, petang ni baru free, biasa la kan, banyak kerja nak kena buat...roti Mini Bun Cheese ni Mas buat petang sebelum balik kampung, sedap tau.
Mini Bun Cheese
Bahan :
  • 300g tepung gandum
  • 55g gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improve - mas ganti dengan water roux
  • 30g minyak sapi / mentega - mas ganti dengan lemak sayur
  • 1 1/2 camca teh yis
  • 30g telur
  • 100 ml air suam - 50 ml air extra
Cara - cara :
  1. Gaul rata tepung gandum, garam, susu tepung, water roux, lemak sayur dan telur.
  2. Bancuh air suam dengan yis dan gula halus.
  3. Tuang bancuhan tadi kedalam adunan tepung, uli hingga adunan menjadi licin dan lembut.
  4. Rehatkan selama 45 minit atau naik 2 kali ganda.
  5. Tunbuk2 untuk keluarkan angin dan buat bulat2 dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega.
  6. Biar doh naik lagi dan sapukan susu segar + telur diatas roti .
  7. Panaskan oven 180c dan bakar roti selama 10 - 15 minit atau hingga keperangan, apabila roti kelihatan perang2 muda, keluarkan roti dan sapu susu segar + telur sedikit atas roti dan taburkan gula pasir dan cheese yang dipotong halus2 atas roti dan bakar lagi selama 3 minit.



4 comments:

  1. salam kak mas,
    baru balik kampung ya kak. mesti seronok cuti2.. ;)
    saya dah terliur nampak roti tu, ada cheese.. itu yg laagi sedap!

    ReplyDelete
  2. he..he..memang sedap indah, kejap je roti tu dah abis,sedap makan masa panas2..

    ReplyDelete
  3. mas, banyak beza tak gune tpg gandum ngan tpg roti.apa beza die ek?

    ReplyDelete
  4. izah
    mas pernah buat roti guna tepung roti, rasanya roti tu macam agak berat, roti masih lembut dan gebu tapi tak ringan, rasanya mas lebih suka guna tepung gandum, roti lebih ringan,lembut dan gebu, terpulang pada citarasa masing2...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...