Search This Blog

Thursday, June 24, 2010

KUIH LAPIS PISANG



Baru sampai Kuih Lapis Pisang ni kat rumah Mas, memang sedap...ari tu Mas buat kat kampung, tak sempat nak ambik gambar, memang laku kuih lapis ni, kejap je habis, jadi Mas buat lain, ari tu tak puas makan la..tima kasih pada kak yatie yang rajin memasak tu, macam2 jenis kuih lapis ada kat rumah dia....


Bahan :
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung kastad / tepung jagung pun boleh 
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 cawan pisang berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
Bahan C
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna -mas guna warna hijau
Cara menbuatnya :
  1. Campurkan bahan A hingga sebati . Tapis ( mas blender bahan A hingga sebati, tak payah tapis ) dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C ,kacau rata.
  4. Panaskan kukusan, ( sediakan loyang yang disapu sedikit minyak ), panaskan sebentar
  5. Tuang hampir 3/4 cawan adunan pisang ( B ) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan hijau dan kukus juga selama 8 minit. ( mas sukat adunan (B) dan adunan (C ) sama banyak)
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B)
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukus dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 -12 minit.
  9. Biar sejuk baru dipotong.


6 comments:

  1. Salam Mas,
    Akak dtng awal ni...nak rasa kuih lapis pisang yg Mas buat, ada lagi ke....mmng sedap kuih ni...akak makan seloyang pun takpe, suka sangat...(buruk makan...)

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    cantiknya kuih lapis kak. kat rumah saya lom sampai2 lagi. kalu buat, saya kena abiskan sorang2, sbb My Hubby tak makan sgt kuih muih lembik. huhu. saya amik sketul ya... hihihi

    ReplyDelete
  3. memang sedap, saya pun dah 2 kali buat lapis pisang ni...erkk rasa cam nak lagi lah, tapi yang bendera kedah ni, hijau kuning lagi best tuh

    ReplyDelete
  4. kak yatie
    he..he..dah abis,betul la kak, sedap sangat, rasa macam nak buat lagi je...

    indah
    sama macam kak mas,suami tak berapa suka, akak dengan anak2 je....nasib baik ada geng kan...

    izah
    he..he,,orang kedah yang buat..lain kali izah buat hijau kuning plak tau...

    ReplyDelete
  5. first time sya tengok kuih nie. cantik la :)

    ReplyDelete
  6. tima kasih nisya..he..he...kak mas pun baru 2 kali makan..sedap tau..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.