Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, June 9, 2010

Ikan Percik Utara



Ikan kembung ni memang sentiasa ada stok dalam peti ais sebab anak dara Mas suka makan ikan kembung goreng, disebabkan ikan  kembung tu segar - segar jadi Mas buat Ikan Percik Utara, resepi Mas dapat dari majalah RASA, memang sedap....makan dengan bendi pedas udang dan telur, memang habis sepinggan nasi...he..he..

Ikan Percik Utara
Bahan :
  •  ikan kembung - dicuci bersih ( mas guna 2 ekor)
  • 10 biji  cili kering -dikisar ( kalau nak pedas letak lebih )
  • 4 biji bawang merah - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 batang serai - dipotong2 dan dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1/2 biji buah keras - direndam dan dikisar
  • sedikit minyak masak untuk menumis
  • 1/2 cawan santan 
  • garam dan gula secukup rasa
Cara :
  1. Perap ikan kembung dengan bahan - bahan kisar selama 30 minit.
  2. Kemudian letakkan ikan atas aluminium dan bakar dalam oven hingga garing atau bakar atas bara api lebih sedap.
  3. Lebihan bahan yang dikisar tadi ditumis sehingga harum dan masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga kuah hampir pekat dan tuang atas ikan yang dibakar tadi.


3 comments:

  1. Salam... mas... hu hu hu lama x lepak.. semua syedap2 hu hu hu hrp2 ikan percik ni ader tuk erma he he he..

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    oh, ikan percik utara merah2 ya kak.. lapar pula tengahri ni. dah bawa nasi ni kak, nak makan .. ;)

    ReplyDelete
  3. erma
    mas buat pon sikit, dah abis la erma..he..he..

    indah
    k.mas letak santan sikit je, tu yang merah sikit tu...kalau dah bawak nasi nak kena buat lagi la ikan bakar ni...he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...