Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, June 10, 2010

Donat Kentang



Assalamualaikum. Sarapan pagi semalam, Mas buat donat kentang, sedap la, donatnya lembut dan gebu..asyik bila dah start menguyah, sedar tak sedar dah 4 biji Mas makan...resepi Mas dapat dari Kak Yatie....tima kasih ye kak..berbaloi buat donat ni....


Donat Kentang
Sumber :  Kak Yatie
Bahan :
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu suam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis - Mas satukan dengan susu suam
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin @ butter
  • 1 cawan kentang rebus - lenyek hingga halus
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
  1. Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang lenyek sehingga rata.
  2. Telur dipukul sedikit dan dicampur dengan gula dan garam, tuang ke adunan tepung, gaul sebati.
  3. Tuang susu suam yang bercampur dengan yis dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Biar doh naik 2 kali ganda.
  5. Kemudian tumbuk untuk keluarkan angin.
  6. Bentukkan doh bulat2 dan leperkan sedikit, biar naik lagi...bila nak goreng baru lubangkan tengahnya.
  7. Goreng hingga donat berwarna coklat2 dengan api perlahan.
  8. Angkat dan toskan...salut donat dengan gula halus.

6 comments:

  1. salam mas..slamat pagi yang sojuuk ini..mmg sedap donut ni..semalaman esok pun masih lembutknan

    ReplyDelete
  2. Salam mas.. wow memang nampak lembut n gebu donut tu.. nak 2 ketui he he he

    ReplyDelete
  3. izah
    betul tu..tapi donat kentang ni kejap je dah habis..sedap betul tengok anak2 menguyah...

    erma
    memang lembut dan gebu donat kentang ni tapi dah abis la erma..he..he..

    ReplyDelete
  4. Salam Mas,
    Sedapnya donut kentang ni...ada lagi tak...nak 5 ketoi...donut ni mmng sedap,dah sejuk pun tetap lembut....

    ReplyDelete
  5. salam kak mas,
    berkenan sungguh saya ngan donut ni, tapi blom buat2 lagi. sukanya nampak tekstur yang moist tu. huwa..!

    ReplyDelete
  6. kak yatie
    tu la kak, izah pun cakap macam tu, mas tak sempat tengok donat tu sejuk, kejap je dah abis...he..he..

    indah
    buat indah, sedap tau...kalau dah makan tak cukup sebiji tau...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...