Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, May 27, 2010

Udang Mamak



Assalamualaikum. Ni kes nak habiskan stok udang, Mas masak Udang Mamak untuk lunch semalam. Memang sedap...resepi ni Mas ambik dari rumah Kak Hana yang nun jauh kat Jepun tu. He..he..jauh udang ni merantau kan. Anak Mas suka sangat, sampai menghisap2 kulit udang tu....tima kasih ye Kak Hana, resepi yang memang power...

Udang Mamak
Copy : Kak Hana

Bahan - bahan :
  • 1 kilo udang ( kalau udang galah lagi bagus, mas guna udang biasa je )
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang ( mas tumbuk )
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 cawan air / stok ikan ( mas letak sikit je )
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram ( mas saja letak )
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan ( mas letak 2 sudu )
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • garam , gula, serbuk lada sulah
Cara - cara :
  1. Perapkan udang dengan garam, serbuk lada sulah dan jus limau untuk seketika.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
  3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari dan cili kisar, goreng seketika.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, sedikit stok ikan, sos tiram ( ganti garam ), gula secukup rasa, gaul sebati.
  6. Last, masukkan udang, sebatikan dan tutup api.


4 comments:

  1. memang sedap kak, rugi kalau tak cuba..he..he..

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    Huwa....kak mas dah buat dulu udang mamak ni. alahai, aritu nak buat, tak jadi sbb tekak tgah sakit. sedapnya nampak

    ReplyDelete
  3. he..he..sedap tau indah,dah sihat ni boleh la buat..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...