Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, May 7, 2010

SOM SOM JAGUNG




Assalamualaikum. Selamat petang, makan Som Som Jagung lepas makan  nasi memang sedap kan. Hari tu nampak kat rumah Hana,teringin sangat. Betul kata Hana, sedap betul Som Som Jagung. Kat rumah Hana, Hana buat Som Som Pandan, disebabkan jagung tin masih ada baki jadi Mas buat Som Som Jagung, memang tak menghampakan...yummy...

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan pekat
  • 80 ml air + 4 sudu besar jagung tin
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

4 comments:

  1. salam kak mas,
    bestnya makan som som. adus, ada jagung lak tu. saya suka jagung. :)

    ReplyDelete
  2. salam indah,
    cubalah, sedap tau,kak mas pun dapat dari rumah hana

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...