Search This Blog

Monday, May 17, 2010

Roti Sosej




Assalamualaikum. 
Moga semuanya berada dalam keadaan ceria hendaknya ye. Meh layan Roti Sosej yang Mas skondeng dari dapur Izah. Memang sedap roti sosej ni. Tima kasih ye Izah sebab sudi kongsi resepi ni. Anak Mas siap bawa bekal pergi sekolah tau.


Roti Sosej
Resepi : kak yati@yatiecooking.bg
Sumber : Izah


BAHAN2 :
190ml air
400gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60gm butter
Sosej yang mencukupi (direbus terlebih dahulu)

CARA2:
1. Tepung, susu tepung, garam & telur dikacau sebati (BAHAN A)
2. Bancuh gula dengan yeast dalam air suam (BAHAN B)
3. Masukkan B dalam A gaul sebati dan masukkan butter, uli sehingga lembut
4. Biarkan 45 minit - 1 jam atau sehingga roti naik 2 kali ganda
5. Uli doh mengikut bentuk yang dikehendaki, biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak
6. Untuk menampakkan roti berkilat diatas, boleh le disapu adunan susu segar & telur kuning diatasnya.
7. Dibakar dengan suhu yang tinggi 200C selama 10 minit dan kemudian diturunkan suhu kepada 180C selama 10 - 15 minit. Ini semua bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ye jadi kena pandai agak-agak juga. Kalau rasa dah masak boleh le diangkat.

TIPS UNTUK MEMBUAT ROTI:
Nak diikutkan senang juga nak buat roti cuma yang lecehnya adalah proses menguli, mengembang & memasak. Disini Yatie sertakan beberapa tips untuk membuat roti mengikut pengalaman sendiri le ye. Pengalaman selalu asyik tak jadi ... heheheheeh

MENGULI:1. 
Mesti diULI. Kalau tak ULI tak jadi beb. Boleh pakai tangan atau mesin. Kalau pakai tangan, berpeluh tu, mengambil masa dalam 15 - 20 minit. Kalau pakai mesin 10 -15 minit. Kalau pakai breadmaker, lagi senang mengikut masa yang telah ditetapkan aje.
2. Lagi lama diuli, lagi cantik doh ye .. almaklumle ... nak cepat siap

MENGEMBANG:
1. Selepas doh diuli, kita kena biarkan dalam 45 minit hingga 1 jam untuk doh mengembang. Itu yang orang selalu sebut biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda.
2. Untuk proses ini, Yatie selalunya akan biarkan doh di mangkuk & ditutup dengan kain lembab.
3. Jangan sampai doh terlampau naik ye sebab dia akan turun bila dibakar. Sebab itu kena tengok yang mana dulu, 45 minit hingga 1 jam atau doh naik 2 kali ganda.

MEMECAHKAN DOH:
1. Doh yang naik tadi hendaklah ditumbuk-tumbuk bagi membuang karbon dioksida didalamnya & mengembalikna yis kepada kedudukan asal.
2. Selepas itu barulah boleh diuli mengikut bentuk2 kecil yang dikehendaki.

MENGEMBANG KALI KE-2:
1. Selepas doh diuli mengikut saiz, biar kan ia seketika. Ini kena ikut resipi tersendiri le ye. Ada yang memerlukan sesingkat 15 minit & ada juga memerlukan 30 minit untuk dibiartkan sebelum dibakar.

MEMBAKAR:
1. Roti perlu dibakar menggunakan suhu yang tinggi mengikut resipi masing-masing

ROTI YANG CANTIK:
1. Untuk mendapat kulit roti yang lembut - Selepas roti dibakar & sebaik shj dikeluarkan dari oven, roti disapukan dengan mentega cair atau campuran susu segar & telur
2. Untuk kulit roti yang rangup - Sapukan roti dengan aor yang dicampurkan dgn sedikit garam sebelum dibakar
3. Untuk kulit roti yang berkilat - Sapukan roti dengan susu segar yang dicampur dengan telur & gula halus





5 comments:

  1. assalamualaikum mass... wah cun giler roti nyerr pintal pintal lagi..tahniah tahniah..mmg tangan seni tau..

    ReplyDelete
  2. salam izah
    he..he..tengah bersemangat buat tu, bila jadi memang nak melompat rasanya,izah pun banyak ajar mas,tak sangka tangan yang keras ni boleh meroti...

    ReplyDelete
  3. Salam mas! E-na pun buat roti sosej jugak tapi tecit jer...hihi

    ReplyDelete
  4. salam kak mas,
    wah! salute kak mas. rajin meroti... ada lagi tak balen seketul? nak minum petang... hehe..

    ReplyDelete
  5. salam e-na
    tak pe kecik2, janji cantik dan sedap, mas dah tengok roti e-na,caya la e-na,cantik dan gebu roti e-na..

    salam indah
    he..he..roti memang peberet family kak mas,tu yang rajin meroti,ala indah dah habis la...nanti kak mas buat lagi tau..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.