Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, May 30, 2010

Roti Arab 2



Roti Arab lagi, tapi cara masaknya tak sama tau, sedap dimakan dengan rendang pedas, resepi rendang pedas boleh dilihat disini yer...roti arab ni lembut dan gebu tau....


Roti Arab 2
Bahan - bahan :
  • 500g tepung high protein 
  • 1 peket yis kering 
  • 50g gula halus
  • secubit garam
  • 250 ml air suam 
  • 6 sudu besar lemak sayur
  • 2 sudu besar water roux - mas saja letak, jadi kurang kan sikit air suam tu ye
Cara - cara :
  1. Satukan semua bahan kecuali air suam dan yis kering, kemudian tuang campuran air suam dan yis yang telah disatukan dan uli hingga adunan lembut dan licin.
  2. Rehatkan adunan selama 45 minit atau naik 2 kali ganda dengan menutup dengan kain bersih yang lembab.
  3. Tumbuk - tumbuk untuk keluarkan angin, bahagikan adunan ikut saiz yang dikehendaki.  Buat bulat2 kemudian leperkan dan biarkan doh naik - dalam  15 ke 20 minit.
  4. Masak dalam kuali non - stik tanpa minyak, tutup kuali supaya roti masak sama rata. Bila kelihatan coklat boleh diterbalikkan disebelah lagi.
  5. Tebal atau nipis roti bergantung pada citarasa masing2.


6 comments:

  1. teringin nk buat roti arab ni..buat brekpes sedap juge kan...malas pulk nk meroti..huuhu

    ReplyDelete
  2. salam kak yus
    mana ada kak, mas pun tengah belajar meroti, sikit2 boleh la..

    salam izah
    cepat izah, roti arab ni tak sabar nak kerumah izah..memang sedap dimakan bila2 masa....

    salam mama
    meh kita makan sama2 ....

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan Mas,

    Akak nak tanya kat mana nak dapatkan water roux tu eeikkk.... akak kat putrajaya.

    ReplyDelete
  4. water roux tu kena buat sendiri kak,
    5ogm tepung gandum + 250 ml air, akak satukan dalam periuk, kemudian buka api perlahan dan kacau hingga menjadi pekat dan bila dah sejuk boleh digunakan, lebihan water roux tu akak letak dalam bekas bertutup dan boleh simpan dlm fridge, boleh bertahan selama 3 - 4 hari, kalau kelihatan merah atau masam dah tak boleh guna,

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...