Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Saturday, May 15, 2010

Masalode @ Wadei



Assalamualaikum. Selamat pagi sabtu. Meh layan Masalode Mas buat petang semalam. Mas nampak kat rumah kak An dari periuk tanah hari tu. Terus teringin nak buat. Lagi pun suami Mas memang suka masalode ni. Selalunya beli je, bila dah dapat resepi, kenalah cuba. Memang best...sedapppp..maceh Kak An.....

Masalode @ Wadei
Bahan :
  • 1 cawan kacang dhal- basuh dan rendam semalaman
  • labu bawang besar- didadu kecil
  • 1 tangkai cili merah saiz besar- buang biji dan hiris halus
  • 2-3 tangkai daun kari- lurut daunnya dan hiris halus
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/4 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh rempah kari (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
  • garam (1 sudu teh ++)
  • sedikit serbuk cili jika suka
  • 1 biji telur gred B
Cara membuatnya :
  1. Toskan kacang dhal dan bahagikan dua. Satu bahagian dikisar halus dalam pengisar kering. Satu bahagian lagi ditumbuk kasar atau dikisar kasar. 
  2. Satukan kacang dhal bersama semua bahan lain di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tangan dan rasa masinnya. Jika cukup rasa, bentukkan bulat dan leperkan sedikit menggunakan tangan.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali. Goreng kuih hingga keperangan.. mas suka garing di luar jadi pastikan gunakan api sederhana ketika menggoreng.


7 comments:

  1. mas..terror la buat masalode nih..tak pernah try pun.takut tak menjadi aa..mas..ala ala..slalu tekan nak masuk umah mas ni via link kat chat box tu..tapi rupenya emel..huhu...nanti bleh tukat terus alamat blog tak?keikikikk banyak tol pemintaan tau..

    ReplyDelete
  2. salam izah
    mana ada izah, mas pun baru belajar buat, dapat resepi kat rumah kak an,ye ke, nak tukar emel tu cam mana ,mas pun mencari2 juga..

    ReplyDelete
  3. salam, mas.. Yus dah beli kcg dal tu berbulan, tak juga jadi masalodenya.. hik2.

    Mas, cara nak link terus pada chatbox tu, kan ruangan 'email/url' pada chatbox tu, Mas typekan url mas ... http://mas-dapurmas.blogspot.com/ jadi kalu ada mn2 plawat tekan url tu dia trus bleh gi umah Mas

    ReplyDelete
  4. kak yus
    ada masa cuba la buat kak, macam buat bergedil je, tima kasih ye kak, mas tengah mencuba ni..

    ReplyDelete
  5. salam mas..waa...mcm2 ada kat dpur msa ni..bnyknye yg trlepas..kita sbuk skit le..hb bru smpai dri bahrain..hppy wkend buat mas sklrga..

    ReplyDelete
  6. erm suka masalode tapi tak penah wat..insya allah satu hari nanti akan dicuba juga ikut resepi mas =D

    ReplyDelete
  7. salam kak maz
    tima kasih kak,selamat berhujung minggu juga buat akak,tak pe,dahulukan yang penting, ye tak kak..

    salam ina
    sedap kan ina,cuba la buat, senanag je tau..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...