Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, May 24, 2010

KOEYTIAW KUNGFU



Assalamualaikum. Selamat pagi, sarapan apa pagi ni, Mas buat Koeytiaw Kungfu pagi ni, sesekali sarapan macam ni sedap tau.Tapi kuah Koeytiaw Kungfu ni pedas sebab Mas letak cili padi yang diketuk, maklumlah tekak ni kena rasa pedas baru puas makan. 


Bahan - bahan koeytiaw ( untuk 1 orang makan ) :
  • koeytiaw
  • 1 biji telur gred A
  • sedikit garam dan lada sulah
Bahan - bahan kuah :
  • 11/2 cawan stok ayam
  • dada ayam dipotong
  • 3 ekor udang
  • lobak merah dipotong2 ( boleh juga letak sawi, cendahwan tiram, bunga kobis )
  • sedikit isi ketam
  • 2 sudu tepung jagung
  • garam dan serbuk perasa
  • 3 biji cili padi diketuk
Cara - caranya :
  1. Pecah telur kedalam mangkuk, masukkan garam, lada sulah dan pukul, masukkan koeytiaw ( agak2 koeytiaw tenggelam dalam telur ) dan sebatikan.  Masak seperti memasak telur dadar. Angkat dan letakkan kedalam pinggan.
  2. Untuk kuah : didihkan stok ayam dalam periuk, masukkan isi ayam, apabila memdidih, masukkan lobak merah, cili padi, garam, serbuk perasa. Apabila mendidih lagi, masukkan udang dan isi ketam, apabila udang bertukar warna / masak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan tuangkan keatas telur yang digoreng bersama koeytiaw tadi. Sedia dihidangkan.


3 comments:

  1. dtg berkung fu kat sini pepagi hari...boleh order tak..malas nak masak ni..huhuuu

    ReplyDelete
  2. mas..samat pagi..mak aiii sedapnya nampak udang bertenggek atas tu..aduhaiii ampoon sangat mengiurkan...wah mas dulu buat kuih lapis kopi tu..saya pun baru bercadang nak buat lepas tengok kat umah kakasma tu..

    ReplyDelete
  3. salam e-na
    he..he..meh kita makan ramai2, kalau datang angin tu mesti nak makan kat luar, kan..kan..

    salam izah
    buat izah, sedap tau...lepas ni kuih lapis tu gi rumah izah pulak, he..he..tu la tengok udang kat tesco besar2 dan segar...geram kan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...