Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, May 10, 2010

Kari Mayong



Assalamualaikum. Bersiaran dengan resepi Kari mayong yang dah banyak hari buat, cuma hari sempat nak n3kan, jadi dah abiss yerk..he..he.....Kari ikan gini memang peberet anak2.....kalau tak nak makan nasi, cicah ngan roti pun sedap kan. Meh layan resepi kari mayong cara Mas. 

Kari Mayong
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 4 keping ikan mayong ( direndam dengan air asam jawa + tepung, dibilas )
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2  cawan santan pekat
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 biji tomato dibelah 2
  • 8 biji kacang bendi
  • garam dan gula
Bahan kisar :
  • 5 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
Bahan tumis :
  • bawang merah dihiris halus
  • bawang putih dihiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba campur
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga wangi dan terbit minyak.Gunakan api sederhana.
  2. Tuang santan cair secukupnya, masukkan garam dan sedikit gula. Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan tuangkan santan pekat sambil kacau perlahan. Akhir sekali masukkan tomato, bendi. Biarkan mendidih sekejap dan boleh dihidangkan.

1 comment:

  1. Salam Pengenalan. saya Dayang Sophia dari Shah Alam juga. Saya suka masak gulai2 and nampak sedapppp jee

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...