Search This Blog

Thursday, May 13, 2010

Donut Suria Lagi



Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah hari Khamis kan. Cepat benar masa berlalu. Ha... ada donat suria lagi, sebenarnya Mas saja buat experimen, lepas uli doh, Mas bahagi 2, satu rehatkan 20 minit, lepas tu baru Mas bentukkan bulat2 dan biarkan naik 2 lagi baru goreng macam cara Kak Yatie dari sinar kehidupanku buat dan satu lagi Mas terus bulat2 dan biar naik2 lagi dan baru goreng macam cara kat resepi, hmmm...nak tahu keputusannya, cara macam Kak Yatie lebih ok, donat lebih gebu dan lembut. Minta ampun ye pada tuan punya resepi donat suria sebab derhaka sikit, he..he..bukan apa Mas suka sangat donat ni...sedapppp..

Donat Suria 
Sumber : Kak YatieIzah dan Kak Hana
Bahan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 1/2 camca teh garam
  • 200 ml air suam *
  • 2 sudu kecil yis kering * ( * disatukan biar berbuih )
  • sedikit air extra
Cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam.
  2. Gaul rata. Tuang bancuhan yis dan air suam dan uli hingga menjadi doh, jika tak cukup air tambah dengan sedikit air lagi.
  3. Uli hingga lincin dan tak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh dalam 20 minit, uli semula dan bentukkan bulat2 dan rehatkan lagi 40 minit.
  5. Bila nak goreng baru lubangkan ditengah2 donat dan boleh digoreng.


4 comments:

  1. Salam Mas, wow ada donat lagi...akak pun dah banyak kali buat donat ni...mmng lembut dan tak jemu2...yg penting anak2 suka..

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    bagus sungguh kak sorang ni. rajin testing. teringin bila nampak donut tu. yg coklat nak amik satu..hikhik...

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie
    tu la, sedap kan kak, rasa kalau dah makan nak makan lagi..he..he..memang mas 1family suka,

    salam indah
    ni yang kata cari keja..he..he..meh sini kak mas suapkan kat indah..

    ReplyDelete
  4. sedap kan donut ni! yang coklat tu lagi sedap...anak2 e-na pun suka donut coklat..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.