Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, May 28, 2010

Buter Roll



Assalamualaikum. Selamat bercuti semua. Seronoknya minggu ni cuti 3 hari. Anak2 cuti tapi kaum2 ibu tetap bekerja,untuk keluarga tercinta tak kisah kan, walaupun cuti, rasanya jadual tetap padat, anak mas ada tuisyen pagi ni, jadi mas seperti biasa juga sediakan sarapan. Meh kita sarapan Butter Roll pagi ni....Mas copy resepi dari Yani Myresepi, thanks Yani, roti yang sedap....

Butter Roll
Sumber :  Yani Myresepi

Bahan (  12 biji ) :
  • 120ml susu segar
  • 50g telur
  • 300g tepung roti  - mas guna tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • telur untuk sapu - untuk disapu pada roti
Cara - cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
  2.  Keluarkan dari breadmaker. Bahgiakan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  3. Kalau tak de breadmaker macam Mas , uli ngan tangan jer, satukan semua bahan kecuali susu segar dan garam, dan tuang susu segar + garam dan uli hingga doh lembut. Bahagikan kepada 12 bahagian dan buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  4. Kemudian bulatkan sikit dan buatlah biar jadi bentuk kon.
  5.  Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
  6.  Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
  7.  Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.
Untuk lebih jelas tentang cara membuat Butter Roll dan tengok gambar cara membuatnya boleh klik disini.

4 comments:

  1. tu dia..dah kuar dah roti die...comel la mas merol roti ni..pandai pandaii..amboi siat lagi roti tuuu..tak tahan

    ReplyDelete
  2. he..he..mana tahan tengok roti merata2, kalau tak siat2 tak nmpk isi dalamnya...

    ReplyDelete
  3. rajinnya Mas... Yus nak buat roti kena beli BM dululah.. tak larat nak gunakan jari2 ku ini.. hehe

    ReplyDelete
  4. he..he..cepat2 la beli kak, tak sabar nak tengok air tangan akak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...