Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, May 16, 2010

BIHUN GORENG


Selamat berhujung minggu semua. Bihun goreng ni mas masak petang semalam.Petang2 makan bihun goreng sambil  minum nescafe memang sedap kan...

Bahan - bahan :
  • 300g bihun celur dengan air panas , toskan
  • 6 biji bebola sotong direbus hingga kembang
  • 4 keping isi ketam dipotong2
  • kicap campur secukup rasa
  • 1 sudu besar sos cili
Bahan untuk tumbuk halus:
  • 4 biji bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu besar udang kering direndam sekejap
Bahan hiasan :
  • sosej digoreng dan dipotong bulat
  • daun bawang
Cara - cara membuatnya :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk halus hingga agak garing, masukkan sos cili, kacau rata. 
  2. Masukkan bihun  dan kicap campur, gaul rata.Masukkan isi ketam dan bebola sotong. Kacau lagi hingga bihun sebati. Sedia dihidangkan dengan sosej dan ditabur dengan daun bawang.
  3. Sedap dimakan ketika panas..
Bihun ni tak de sayur sebab suami tak makan sayur. Untuk sesiapa yangn tak makan sayur  mesti suka kan...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...