Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, May 14, 2010

Ayam Goreng Ala KFC



Assalamualaikum. Ada ayam goreng ala kfc hari ni. Sedap tau ayam ni. Mas dapat resepi ayam goreng ni kat rumah Ena - Zarina  yang nun jauh dok kat Jepun. Jauh tau..
Anak2 Mas suka sangat ayam goreng ala kfc ni, ratah cam tu je...he..he.. mak ngan bapak budak pun join sekali..yummy...

Ayam Goreng Ala KFC
Sumber : Ena - Zarina 
Bahan untuk perap ayam :
  • 8 ketul peha ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa 
Bahan untuk tepung :
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1 cawan tepung beras pulut - mas guna 2 cawan tepung jagung sebab tak de tepung beras pulut 
  • 3 ulasn bawang putih ditumbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa
Cara membuatnya :
  1. Perap ayam dengan bahan2 perapan selama 1 jam. ( Mas perap semalaman )
  2. Campur semua bahan - bahan untuk tepung dalam 1 bekas dan sebatikan.
  3. Celup ayam yang diperap dengan telur yang dipukul sedikit.
  4. Salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.
  5. Goreng dengan minyak yang banyak hingga garing. ( Mas goreng dalam periuk dengan minyak melepasi ayam , api perlahan dan tutup periuk dalam 20 minit )
  6. Toskan minyak dan sedia dinikmati.

3 comments:

  1. Salam Mas, wow ada ayam goreng KFC.. sedap ni, jimat belanja sikit...ada lagi tak...nak ngendeng ni....hi3..

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    wah! versi kfc kak e-na belum try lagi. nanti ada ayam, nak cuba :) amik 1 ketul...hihihi

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie
    yang tengah perap ada 3 ketoi lagi, nnti mas goreng kat akak ye..yang dah goreng kejap je licin,betul tu, jimat belanja..

    salam indah
    cuba jangan tak cuba, sedap tau..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...