Search This Blog

Saturday, May 1, 2010

APAM BALIK





Assalamualaikum ...Selamat Pagi Sabtu ...Mesti semuanya tengah santai bersama keluarga tersayang kan. Anak2 pun time ni la nak bangun lewat sikit ..sempat la kaum ibu nak mengemas rumah kan .Pagi ni Mas sediakan kuih Apam Balik buat sarapan pagi ..buat 1 adunan boleh dapat 4 keping ..resepi ni Mas dapat dari Mr Oreo dari Mresepi. Memang sedap apam balik ni....

Apam Balik
Sumber : Mr Oreo

Bahan  :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
Bahan inti :
  • kacang tanah yang dikisar halus
  • gula pasir
  • jagung tin 
  • mentega - untuk sapukan atas apam balik setelah dilipat.

Cara :
  1. Mesin gula dan telur hingga kembang .
  2. Masukkan soda , baking powder ,sedikit warna kuning dan air. Mesin hingga sebati .
  3. Masukkan tepung gandum dan mesin lagi hingga sebati. ADUNAN SIAP .Tak perlu di rehatkan.
  4. Tuang adunan ke dalam non-stick frying pan. Agak2 tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal .
  5. Tabur gula  , kacang tanah ,sedikit marjerin dan jagung tin ikut citarasa sendiri.  
  6. Bila cukup masak dan kulitnya agak coklat boleh lipat dua dan angkat. 
  7. Letakkan atas pinggan dan sapu marjerin disebelah kiri dan kanan kulit supaya kulit apam balik lembab dan tak keras.

6 comments:

  1. slmt brhjung mnggu mas..kita pun klu buat apm blik gna rspi Ms.Orea jgk..sdp kan..tpi anak2 kita kna buat nipis2 gtuw..tebal2 xmknnn..huhu..susah btoll...

    ReplyDelete
  2. wah akak..ternganga ku tengok..sangat kagummmmmmm

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..wow cantik la apambalik tu..macam yg jual kat pasor malam..ingat kan susuah sangat buatnya..nak try la, teringat arwah abah suka apambalik..sobsob..saya tumpang copy resepi ni kak ya

    ReplyDelete
  4. tu la Maz ,suami Mas pun suka nipis, lepas tu letak kacang ngan jagung tin banyak2,anak2 yang suka tebal,jadi kita ikut je,,

    ReplyDelete
  5. he..he..Ina ni,tutup mulut tu,kak Mas nak suap ni...

    ReplyDelete
  6. sila2 Izah, mesti puas hati punya..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.