Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, April 19, 2010

LEPAT PISANG



Assalamualaikum....selamat malam...Mas kalau malam  dah tutup kedai, sebenarnya Mas sekeluarga dah terbiasa makan malam awal, pukul 6.45 dah  makan malam, jadi waktu petang  dah sibuk didapur.
Petang tadi Mas buat lepat pisang sebagai pencuci mulut, kelmarin Mas beli pisang masam dan daun pisang kat pasar tani,duduk kat bandar ,daun pisang pun kena beli, kalau kt kampung, ambik kat pokok je kan


Lepat Pisang
Resepi : MasDuniaku
Bahan :

  • 10 biji pisang masam - dilenyek
  • 4 sudu besar sagu biji - direndam hingga kembang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula - kalau nak lagi manis bleh tambah lagi 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan pekat
  • daun pisang yang dilayur diatas api ,dipotang panjang 10 inci , lebar 5 inci, dan dilap bersih




Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan 2 hingga sebati.
  2. Letakkan adunan diatas daun pisang ( anggaran dalam 2 sudu besar ) ,gulung dengan rapi dan lipat dibahagian kiri dan kanan kebawah.
  3. Kukus selama 15 minit.



2 comments:

  1. Salam Mas...terima kasih kerana follow blog akak...

    Hmmm...lama sungguh tak makan lepat pisang...masa arwah mak ada dulu dia suka buat lepat sebab bapa suka makan...

    ReplyDelete
  2. suka... lepat pisang, kat umah semua bhn ada cuma daun pisang takde.. tapi kat opis ni ada pokok pisang w/pun opis dlm bdr.. hehe. (RAJINKAH AKU NAK BUAT LEPAT PISANG NI???)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...